BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 18, 2010

PEMBUDAYAAN SAINS DAN TEKNOLOGI:KESAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI KALANGAN BELIA DI MALAYSIA

link1

Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana sistem pendidikan, formal dan tidak tidak formal, boleh mendidik dan melatih generasi muda untuk sains dan teknologi di Malaysia. Kajian mendapati para pelajar, pelatih, guru dan pengajar menunjukkan kesan positif terhadap penggunaan dan kemajuan sains dan teknologi. Sungguhpun kurikulum di sekolah dan di institusi latihan dianggap sesuai dan releven tetapi teknik pengajaran dinilai kurang positif. Pengajaran lebih tertumpu dalam bilik darjah dan kurang menggunakan komputer dan internet. Ibubapa dan agensi luar memberi sokongan tetapi tidak terlibat secara langsung dalam pembudayaan itu.

4 comments:

Nurul Adilah Che Cob 202131 said...

pembudayaan sains dan teknologi sangat memberi impak yang berkesan dikalangan pelajar. pelajar kebanyakannya menunjukkan sikap yang positif terhadap sains dan teknologi. sungguhpun kurikulum dalam sains dan teknologi dilihat sudah sesuai dan relevan ttp p&p masih kurang sesuai. ibu bapa perlu memberi sokongan yang jitu terhadap pembudayaan sains dan teknologi di sekolah dan pusat pengajian.

norazuramustaffar said...

tujuan kajian ini untuk menhuraikan proses para pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran di samping membentuk nilai dan sikap terhadap sains dan teknologi baik secara formal mahupun tidak faormal. umumnya para pelajar, pelatih,guru dan pengajar menunjukkan sikap yang positif terhadap sains dan teknologi.
oleh itu bagi memastikan pembudayaan sains dan teknologi berjalan lancar dan menembusi semua lapisan belia, maka beberapa tindakan perlu diambil bagi memantapkan proses dan infranstruktur pengajar pusat pengajian.

m!sZ zAL!nA said...

saya setuju dengan kenyataan pembudayaan sains dan teknologi sangat memberi impak yang berkesan dikalangan pelajar samada positif atau negatif. tetapi hakikat sebenar disesetengah sekolah peralatan ICT hanya menjadi hiasan semata2 di dalam kelas bukan untuk digunakan. keadaan ini mungkin disebabkan memakn masa utk memasang peralatan ICT. oleh itu seperti yg kita lihat projektor hanya hiasan semata2 dalam kelas

noniadnan said...

journal ini menekankan sistem pendidikan dikalangan belia yang berlaku secara formal atau tidak formal. pendidikan lebih berfokuskan sains dan teknologi di dalam proses p & p. walaupun pelajar, pelatih, guru mahupun pengajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penerimaan pembudayaan sains dan teknologi dalam pendidikan, namun masih ada kurang keberkesanan dalam proses p & p. di sini peranan ibubapa sebagai pendidik tidak formal begitu penting untuk merialisasikan pembudayaan ini dikalangan belia.